background image

PENGENALAN FESTAKA


FESTIVAL TARI KANAK-KANAK (FESTAKA) 2009/2010

PENGENALAN

FESTAKA merupakan sebuah projek anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya.

FESTAKA merupakan sebuah pertandingan tarian tradisional Melayu peringkat sekolah rendah yang melibatkan sekolah-sekolah di sekitar kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. FESTAKA telah diadakan selama 2 tahun berturut-turut dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan sambutan daripada orang ramai khususnya warga kampus.

Projek FESTAKA 09/10 akan mempertandingkan empat jenis tarian tradisional Melayu iaitu tarian Zapin, tarian Inang, tarian Joget dan tarian Asli.

  • Tarian Zapin
    • Berasal dari negeri Johor sebagai hiburan di dalam Istana.
    • Diiringi oleh gambus, rebana dan gendang.

  • Tarian Inang
    • Tarian Inang pada masa kini sering dipersembahkan pada majlis-
      majlis sosial kaum Melayu.
    • Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan
      gendang.

  • Tarian Joget
    • Dipengaruhi oleh kebudayaan kaum Portugis.
    • Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan antara lelaki dan
      wanita.

  • Tarian Asli
    • Dicipta berasaskan lagu-lagu Melayu asli.